Thursday, February 05, 2015

Hong Kong - Hello Disneyland!!

Ok dah masuk entry HK. Sampai je dari Macau dah almost 6pm. Gedebak gedebuk, memang malam tu burn baby burn lah since semorang dah penat.

Keesokan hari pulak kitorang dah bangun pepagi untuk ke Disneyland. Tiket dah dibeli siap siap dari receptionist guesthouse yang kitorang duduk tu. And again, sorry tak ingat berapa harga tiket tapi forsure cheaper dari online price kat website Disneyland.

Pagi tu kitorang keluar dalam jam 7.30am ambil subway dari Tsim Sha Tsui ke Disneyland Resort. Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit untuk HKD19 jika anda gunakan Octopus Card. Refer kat bawah untuk tengok MAP ye.


Tsim Sha Tsui station >  Interchange at Lai King station > Interchange at Sunny Bay > Exit Disneyland Resort. 

Eh kakjem pernah mention tak pasal Octopus Card? Lebih kurang macam touch n go kita. Boleh dibeli dikaunter yang ada di station mrt. Macam kami, kami beli kat airport sesiap. Kalau nak lebih banyak info, boleh refer SINI



Masa ni dah tukar train kat Sunny Bay dan naik train ke Disneyland. Nampak tak feeling feeling disney dalam train ni. Even pemegang untuk penumpang berdiri pun kepala Mickey Mouse tau. Excited sungguh rasa time ni. Maklumlah, tuan tanah pernah jejak USS je pun sebelum sebelum ni.

Sampai je baru dalam jam 9 lebih. Oleh kerana operating hours jam 10am, duduk makan breakfast dulu yang siap ditapau dari bilik. Foods, drinks, snacks boleh dibawa masuk janji bukan dalam tin. Luckily juga kami dah beli tiket sesiap. So tak perlu lah beratur untuk beli tiket. Jimat masa juga.

Sebelum tu jom posing posing dulu.






Ni la punca utama. Kalau pergi sini tapi tak ambil gambar dengan Mickey Mouse rasa pelik kan? After 1 hour queue. YES. 1 hour. Tadaaa~! Lepas tu kaki terus lenguh dah. Hahaha.

Satu lagi yang boleh buat tuan tanah meroyan ialah Emporium dorang. Semuaaaaaaaaaaaa nak beli. Takde anak pun rasa nak beli baju budak. Botol air dah berlambak, tetap nak merasa botol air disneyland. Memang teruk penangan emporium ni. Dekat 2 jam juga lah mengensot, meraba, mengusik segala benda yang dijual dalam ni.


Dress Frozen pun tengah in trend time tu. RM600 ko. Gila?! Tapi memang banyak la barang barang dalam filem Frozen. Talking Olaf pun ada jugak.



Dah penat menjamu mata dalam emporium, kita jamu perut pulak. Ada orang kata, suruh cuba makan waffle ni. Ala biasa je rasa dia. Cuma dia bentuk mickey mouse. So acah acah la macam comel. Semua pun kitorang beli share share. Nak merasa je pun kan?















Surprisingly time kitorang datang ni, every game tu kalau beratur pun less than 5 minutes. Memang heaven. Nak main banyak kali pun takpe. Compared masa kat USS dulu, beratur 1 jam. Game nye less than 5 minutes. Dah hilang feeling excited tu pun.

Dan personally, i like the Winnie The Pooh's ride. Rasa lawak gila. Dia macam ceritakan macam mana cari madu kalau tak silap. Kalau time cerita tu berombak, sekali dengan ride ni berombak. Ala ala 4D la konon. Dan ada satu stage tu nanti akan ada camera capture gambar kita. Korang boleh beli kalau korang suka. Kami? MUKA BURUK, TAKMAU!! haha



Ada kejadian berlaku dengan Eonnie ni (dan dan) Masa duk beratur tu weols berempat duk teka teka sapa dia? Tak kenal pun. Memang semua takleh nak tangkap dia siapa. Walhal kat kawasan tea cup ride tu. Mujur bila sampai turn untuk ambil gambar, dia intro diri dia dulu. OooOo Alice rupanya. Kalaulah dia tau ada je orang tak kenal dia. Mungkin nangis dalam cawan.


Ni lah karakter favaourite!! Excited sungguh jumpa Woody. Even dulu Toy Story 3 siap nangis kot sebab Andy yang owner Woody & Buzz Lightyear tu dah nak masuk kolej. Dasar tak boleh terima kenyataan. Diri sendiri pun dah kertu.


After a while, kitorang decide gak nak cari menu late lunch kitorang. Ada 2 restoran halal kat sini. Kalau korang memang ikut maps given by them, korang akan jumpa Explorer's Club Restaurant. Tengok gambar depan restoran ni, dan baca menu. Macam macam rasa nak makan. Masa tu dalam kepala kata nak makan korean food pleaseeeee~~

 

 Lepas dah baca & tengok menu, sekali baru perasan tutup da!! Punah harapan. Kecewa. So kitorang end up pergi restoran yang lagi satu Tahitian Terrace. 



We ordered 4 different menu so boleh la merasa sama sikit. Tapi kat Tahitian Terrace ni menu nya slightly cheaper compared dengan Explorer's Club tu. So terpulang gak pada korang nak cuba yang mana.

Diteruskan dengan macam macam game kat sini. Kejap main, kejap duduk. Kejap lepak lepak. Kejap main. Lagipun memang plan nak stay sampai fireworks. So takde rushing pun. Yang part dorang bertiga pi main RC Racer tu memang tuan tanah takleh nak terima. Memang surrender dan duduk tepi. Macam ala ala Viking gitu. No way lah nak main benda gini.


Masa ni tengah nak bunuh masa untuk tunggu jam 7pm sebab ada Night Parade & 8.30pm baru fireworks. Kalau korang memang jenis tak jemu jemu. Memang berbaloi la tiket korang. Tapi yang bawa anak anak tu. Macam lagi elok amik 2 days pass. So boleh la korang settle kan game dari pagi sampai petang. Esok pulak dari petang sampai fireworks. Boleh lemau dibuatnya nak tunggu sampai jam 7pm tau. Kesian tengok kebanyakan kiddos yang datang ni.







Towards the end, even kitorang siap tertidur sambil duduk sementara nak nunggu fireworks ni. Tapi memang berbaloi tunggu. Yela, nak dapat peluang nak pergi lagi tu pun belom tahu bila kan.

Satu nak pujilah kat sini, benches disediakan dimana mana je. Asal penat je, boleh lepak lepak. Toilet pun bersih. Staffs pun friendly. Tak kisahla berapa kali ko cuba pakai segala benda yang dia jual macam scarf ke, topi ke. In fact dia siap offer nak amikkan gambar. Tu tak sure la perli ke apa. Hahaha.


Nah belanja satu gambar staff tu yang amikkan. ^o^



Thoughts and prayers are with family & friends of those on board TransAsia GE235


15 comments:

  1. ngada snagt la kan nak berunnie, nak korean food bagai kan...dah pi beli tiket korea sekarang!gegege

    tp aku pun suka masa pi beratur tak smpai 5 min...pastu cuaca sejukkk....ahhh terus aku suka disney hk dr segala theme park yg ada di donia ini...kuikuikui

    aduh aku ngeri duh teringat video transasia tu...huhuhu moga family mereka tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha feeling feeling kan. angan angan jadi realiti kot. hehehehe

      tp yang bab 5 minit beratur tu memang best. terkejut jugak kan. tapi dah rejeki hehe. bedal sajeeee

      Delete
    2. Ooo ko dh bli tiket ke?bilaa?ko xnk pi yg azra promote tu ker...hehe

      Masa aku pi disney ni br blik dr uss gk...mmg jauh beza laaa...uss panas gler dn beratur pjggggg...buang masa!huhu

      Delete
    3. Ooo ko dh bli tiket ke?bilaa?ko xnk pi yg azra promote tu ker...hehe

      Masa aku pi disney ni br blik dr uss gk...mmg jauh beza laaa...uss panas gler dn beratur pjggggg...buang masa!huhu

      Delete
    4. yg azra promote takde tarikh aku berkenan. hahahaha. nanti kalau ada promo lain, terus sambar la kot hahaha.

      Delete
  2. Kenapa 5 mins je beratur? Org X ramai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah syieda. tak berapa ramai. so semua game memang beratur less than 5 mins. agaknya banyak bawak budak kan. yg tua bangka ni tak ramai hehe

      Delete
  3. Heaven ah kalau x payah Q panjang sangat. Haritu kat Disneyland Tokyo, kitorang Q dekat sejam lebih dalam rumah Mickey. Tu pun memang semata bergambar ngan dia je. Dahlah boleh guna 1 camera je. Pasrah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kecuali dengan rumah Mickey tu la. SEJAM lebih gak la. sampai turn kitorang siap Mickey nak take 5 rehat ok. hahah

      Delete
  4. kenapa fireworks u ols cantik?? time kami tak best design fireworks dia..huhu p/s : i ols masih tak rajin nk hapdet blog!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh buju. bukan sama je ke fireworks dia? hahaha

      Delete
  5. makanan boleh bawak masuk kecuali dlm tin?..berita baik nih..Waktu pegi dulu..dorang selongkar beg..food not allowed huhuh

    seronoknya beratur less thhen 5 mins...kira x ramai yg nk Q utk naik ride tu kan..

    aahahah..part ni kelakar..pegi HK cari Korean Food...Korea tetap di hati katanya hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah JM. semua boleh bawak. nasib tak jumpa nasi lemak bungkus dengan daun pisang, kalau tak confirm naz bawak sekali hehehe.

      Korea tetap dlm hati kannn.

      Delete
  6. waahh!! malam ni banyak blog yang saya singgah rata-rata travel ke overseas..happeningggg!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aishah!! ishhh ni entry berzaman sebenarnya. orang lain masih ada bau bau balik bercuti.

      Delete